Isnin, Januari 24, 2011

KUIZ BERTULIS BAHASA TAMIL (SM DAN SJKT)

Pertandingan tersebut di atas akan diadakan pada 30 Mac 2011

Sekolah Menengah  -  SMK Seremban 2, jam 8 pagi.
SJKT                      -  SJKT Seremban, jam 8 pagi

Maklumat lanjut sila hubungi En. Zaimy Hj Mohd Noor (019-2385718)

MESYUARAT PERTANDINGAN FORUM REMAJA (SM).

Mesyuarat tersebut akan diadakan di SMK Dato Shahardin , Labu pada 10 Febuari 2011 jam 2.00 petang. Semua pengurus pasukan dan teknikal bahasa melayu SM(Seremban 1 dan Seremban 2) diminta hadir.

MESYUARAT KARNIVAL BAHASA TAMIL SJKT DAERAH SEREMBAN

Mesyuarat  tersebut akan diadakan pada 23 Febuari jam 2.00 petang di SJKT Lobak. Semua pengurus peserta SJKT dan pegawai teknikal SR daerah  (Seremban 1 dan Seremban 2) diminta hadir.

MESYUARAT PERTANDINGAN BERCERITA (SR) TAHAP 1 DAN 2

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 8 Febuari 2011 jam 2.00 petang di SK Dato Klana Maamor .
Semua Pengurus Pasukan dan Pegawai Teknikal Bahasa Melayu SR Daerah Seremban diminta hadir.
Maklumat lanjut sila hubungi En. Zaimy Hj Mohd Noor (019-2385718).

Sabtu, Januari 22, 2011

JAWATANKUASA TEKNIKAL KOKURIKULUM DAERAH SEREMBAN

Semua Jawatankuasa Teknikal Kokurikulum Daerah Seremban ,


Sila faxkan maklumat berikut pada/sebelum 28 Januari 2011  ke Pejabat Pelajaran Daerah Seremban  No. Fax: 06-7646302 / 7652663 (UP: En. Zaimy Hj Mohd Noor)


1. Senarai Jawatakuasa Teknikal 2011 mengikut sub-unit (Nama/Sekolah/No.Tel)
2. Peraturan pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti sub-unit  serta borang penghakiman.
3. Senarai hakim pertandingan

Kerjasama Tuan/Puan diucapkan terima kasih.

Penyertaan Pidato 'Raja Kita'

Penyertaan Pidato 'Raja Kita'

TERKINI - Perubahan Tarikh Pertandingan Pidato 'Raja Kita'

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Pertandingan Pidato 'Raja Kita' Anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban Dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seremban adalah seperti berikut;

16 Febuari 2011 - DAERAH SEREMBAN 1
                             SMK Tunku Ampuan Durah

17 Febuari 2011 - DAERAH SEREMBAN 2
                             SMK Pendeta Za'ba

Pendaftaran Peserta : 8.00 pagi

Harap Maklum.
Zaimy Hj Mohd Noor, PJK
Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Ko-Akademik)
PPD Seremban.


21 Januari 2011

Isnin, Januari 03, 2011

Takwim Kokurikulum Sekolah 2011

Kepada semua GPK Kokurikulum

Sila hantar satu salinan Takwim Kokurikulum 2011 sekolah Tuan/Puan ke PPD Seremban (UP : En. Zaimy Hj Mohd Noor) pada atau sebelum 15 Januari 2011. atau emailkan ke zaimy@ppdseremban.net

Ahad, Januari 02, 2011

PENGUMPULAN DATA MARKAH KOKURIKULUM 2010


Perhatian untuk semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum SM: Kemasukan Markah Kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2011 boleh dibuat mulai 15 Disember 2010 hingga 15 Januari 2011. Sila layariAplikasi [rujuk Manual Pengguna (klik di sini)] dan Surat Siaran KPM bertarikh 1 Disember 2010 (sila klik di sini). Tuan/Puan boleh memuat turun Contoh Pengiraan danPerkara Berbangkit 2010 di ruangan Muat Turun. 


Sebarang  pertanyaan sila hubungi Zaimy Hj Mohd Noor, PJK. ( Pen. PPD Ko-Akademik PPD Seremban) atau En. Ab Rahman Ahmad (Penyelia Kokurikulum PPD Seremban)


Kerjasama Tuan/Puan amat diharapkan dan terima kasih.